KEK LEMON DRIZZLE

KEK LEMON DRIZZLE

BAHAN-BAHAN

  1. 225 gram mentega (suhu bilik)
  2. 225 gram gula kastor
  3. 275 gram tepung naik sendiri (ditapis)
  4. 1 sudu teh baking powder
  5. 4 telur (saiz besar)
  6. 4 sudu besar susu
  7. 2 biji lemon (diambil jus dan diparut kulitnya)
  8. 175 gram gula halus (granulated sugar)
CARA MEMBUAT
  1. Campur dan pukul kesemua bahan (kecuali parutan lemon dan gula halus) sehingga sebati
  2. Bakar di dalam ketuhar pada suhu 180 darjah Celsius selama 40 minit
  3. Untuk glaze, campurkan jus lemon dan gula halus sehingga mejadi pes cair (anda mungkin tidak memerlukan kesemua jus lemon tersebut)
  4. Cucuk permukaan atas kek dengan garfu atau pisau secara lembut (supaya glaze dapat meresap sedikit ke dalam kek) dan tuangkan glaze ke atas kek dan biarkan set seketika
Selamat mencuba!

PANTAI CANTIK DI ASIA TENGGARA

SECRET LAGOON BEACH
EL NIDO, FILIPINA
Anda boleh menaiki bot, berkanu dan berenang di bawah batuan besar untuk satu kejutan yang menarik.


PHRA NANG BEACH
AO NANG, THAILAND
Bersantai di bawah batuan yang sungguh menenangkan.


NUSA DUA BEACH
NUSA DUA, INDONESIA
Kehidupan dan suasana pantai yang sungguh meriah untuk dialami.


SALAD BEACH
KOH PHANGAN, SURATTHANI PROVINCE, THAILAND
Kawasan pantai yang sungguh sempurna.


NON NUOC BEACH
DA NANG, VIETNAM
Suasana pantai yang tenang dan damai. Kawasannya juga bersih serta pasir putih yang halus mengindahkan pemandangan.

Untuk anda yang merancang untuk melancong dan mengunjungi pantai di dalam Asia Tenggara diharapkan entri ini dapat membantu!

MINUMLAH AIR (H20)

  • 2 gelas air setelah bangun tidur membantu menggiatkan organ dalaman
  • 1 gelas air 30 minit sebelum makan membantu penghadaman
  • 1 gelas air sebelum mandi menurunkan tekanan darah
  • 1 gelas air sebelum tidur mengelakkan serangan angin ahmar dan serangan jantung

Jadi minumlah air dengan betul dan secukupnya!

KENALI LIMA JENIS BAKA KUCING

Kucing ialah mamalia karnivor kecil dari subspesis Felis silvestris catus. Ia adalah keturunan kucing liar Afrika, Felis silvestris lybica dan mungkin dijinakkan 3,500 tahun dahulu di zaman Mesir Purba.

Hari ini kucing merupakan salah satu daripada haiwan belaan rumah yang paling terkenal di dunia.

Kucing juga adalah binatang kesayang Nabi Muhammad SAW. Abu Qatadah berkata bahawa Nabi Muhammad SAW pernah bersabda,

"Kucing itu tidak najis. Ia binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang perumahan),"
(Hadis Riwayat At-Tirmidzi, An-Nasa'i, Abu Dawud, dan Ibnu Majah).

Terdapat banyak jenis baka kucing dan di bawah adalah lima jenis baka untuk anda kenali:

MAINE COON
Juga dikenali sebagai American Longhair dan merupakan baka terbesar dalam famili kucing domestik. Salah satu baka semulajadi tertua di Amerika Utara dan berasal dari negeri Maine.

Mempunyai rupa dan bulu yang menarik dan mahir memburu. Maine Coon adalah kucing lasak dan tahan cuaca sejuk. Mereka juga dikenali dengan kebijaksanaan dan keramahan terhadap manusia dan binatang peliharaan lain.


MUNCHKIN
Munchkin boleh dikatakan spesis yang baru. Dikenali dengan kaki yang pendek disebabkan mutasi genetik. Walaupun berkaki pendek, mereka berlari dan melompat dengan tiada masalah.

Mereka adalah jenis kucing yang suka bermain, cilik dan bijak. Juga ramah dengan manusia.


SCOTTISH FOLD
Baka ini melalui mutasi dominan-gen semulajadi yang membuatkan tulang rawan telinga mereka telinga berlipat dan memberi telinga terlipat ke bawah ke arah hadapan muka. Oleh sebab telinganya, mereka dikenali dengan kucing seperti burung hantu (owl-like).

Mereka gemar tidur telentang, duduk sambil kaki belakang melunjur dan tangan di atas perut, ini dikenali sebagai Posisi Buddha (Buddha Position) dan juga mempunyai suara yang lembut. Malahan mempunyai "bahasa" kucing yang luas jika dibandingkan dengan baka lain.


BRITISH SHORTHAIR
Kucing matang dari baka ini adalah tenang. Selain itu kucing ini mudah menjadi rapat dan sayang kepada tuannya. Mereka juga senang dilatih dan dapat menyesuaikan diri.

Tetapi mereka kurang suka apabila didukung.


SINGAPURA
Baka yang paling terkenal di negara kita, Malaysia, berasal dari jalanan di Singapura. Merupakan baka tempatan di Asia Tenggara.

Antara baka terkecil dan mempunyai mata serta telinga yang besar dan bulu yang tebal. Suka bergaul, mempunyai naluri ingin tahu yang tinggi dan suka bermain tetapi tidak merosakkan barang.

Mereka adalah baka yang bijak dan interaktif bersama manusia dan kekal ramah walaupun sudah berusia tua.

PASTA UDANG DAN BAWANG PUTIH

PASTA UDANG DAN BAWANG PUTIH

BAHAN-BAHAN
  1. 500 gram pasta (jenis pasta ikut kesukaan, resipi ini menggunakan jenis spageti)
  2. 500 gram udang (dibuang urat, kepala dan dibersihkan)
  3. 3 ulas bawang putih (cincang)
  4. 3 sudu besar minyak zaitun
  5. 2 sudu besar mentega
  6. Sebiji buah lemon (diambil jus dan parutan kulit)
  7. daun parsley (cincang)
  8. garam, lada hitam dan kepingan cili kering secukup rasa

CARA MEMASAK
  1. Rebus pasta sehingga al dente (atau ikut arahan pek) dan toskan, simpan air pasta jika perlu.
  2. Panaskan minyak dan mentega
  3. Goreng bawang putih atas api sederhana sehingga lembut
  4. Masukkan udang dan biar sehingga masak
  5. Setelah udang masak, masukkan jus dan parutan lemon serta daun parsley
  6. Masukkan perasa secukupnya (garam, lada hitam dan kepingan cili kering)
  7. Padamkan api dan gaul pasta ke dalam sos (tambah air rebusan pasta jika perlu)
Selamat mencuba!