KENALI LIMA JENIS BAKA KUCING

Kucing ialah mamalia karnivor kecil dari subspesis Felis silvestris catus. Ia adalah keturunan kucing liar Afrika, Felis silvestris lybica dan mungkin dijinakkan 3,500 tahun dahulu di zaman Mesir Purba.

Hari ini kucing merupakan salah satu daripada haiwan belaan rumah yang paling terkenal di dunia.

Kucing juga adalah binatang kesayang Nabi Muhammad SAW. Abu Qatadah berkata bahawa Nabi Muhammad SAW pernah bersabda,

"Kucing itu tidak najis. Ia binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang perumahan),"
(Hadis Riwayat At-Tirmidzi, An-Nasa'i, Abu Dawud, dan Ibnu Majah).

Terdapat banyak jenis baka kucing dan di bawah adalah lima jenis baka untuk anda kenali:

MAINE COON
Juga dikenali sebagai American Longhair dan merupakan baka terbesar dalam famili kucing domestik. Salah satu baka semulajadi tertua di Amerika Utara dan berasal dari negeri Maine.

Mempunyai rupa dan bulu yang menarik dan mahir memburu. Maine Coon adalah kucing lasak dan tahan cuaca sejuk. Mereka juga dikenali dengan kebijaksanaan dan keramahan terhadap manusia dan binatang peliharaan lain.


MUNCHKIN
Munchkin boleh dikatakan spesis yang baru. Dikenali dengan kaki yang pendek disebabkan mutasi genetik. Walaupun berkaki pendek, mereka berlari dan melompat dengan tiada masalah.

Mereka adalah jenis kucing yang suka bermain, cilik dan bijak. Juga ramah dengan manusia.


SCOTTISH FOLD
Baka ini melalui mutasi dominan-gen semulajadi yang membuatkan tulang rawan telinga mereka telinga berlipat dan memberi telinga terlipat ke bawah ke arah hadapan muka. Oleh sebab telinganya, mereka dikenali dengan kucing seperti burung hantu (owl-like).

Mereka gemar tidur telentang, duduk sambil kaki belakang melunjur dan tangan di atas perut, ini dikenali sebagai Posisi Buddha (Buddha Position) dan juga mempunyai suara yang lembut. Malahan mempunyai "bahasa" kucing yang luas jika dibandingkan dengan baka lain.


BRITISH SHORTHAIR
Kucing matang dari baka ini adalah tenang. Selain itu kucing ini mudah menjadi rapat dan sayang kepada tuannya. Mereka juga senang dilatih dan dapat menyesuaikan diri.

Tetapi mereka kurang suka apabila didukung.


SINGAPURA
Baka yang paling terkenal di negara kita, Malaysia, berasal dari jalanan di Singapura. Merupakan baka tempatan di Asia Tenggara.

Antara baka terkecil dan mempunyai mata serta telinga yang besar dan bulu yang tebal. Suka bergaul, mempunyai naluri ingin tahu yang tinggi dan suka bermain tetapi tidak merosakkan barang.

Mereka adalah baka yang bijak dan interaktif bersama manusia dan kekal ramah walaupun sudah berusia tua.

No comments:

Post a Comment