Pengenalan
Di
internet, terdapat pelbagai pembekal maklumat yang boleh dijadikan sebagai
enjin pencari. Pembekal-pembekal maklumat ini kebanyakannya membekalkan
maklumat yang hampir sama iaitu berkaitan dengan teks, video, audio,grafik dan
sebagainya.
Cara mendapatkan maklumat
I.
Mengenalpasti tajuk.
II.
Memilih kata kunci mengenai tajuk atau bahan yang ingin dicari.
III.
Memilih enjin pencarian yang tepat.
IV.
Menyemak kesesuaian maklumat/ bahan yang dijumpai. (Cuba guna enjin pencari
yang berlainan)
V.
Mengulangi proses pencarian sekiranya perlu.
Enjin Pencari
I.
Google
II.
MSN
III.
Yahoo
Enjin pencari biasa dilihat
pada:
•
Internet : Terletak pada kotak pencari pada enjin pencari
•
Intranet : Terletak pada pencari dalam laptop mahupun komputer (home)
•
Microsoft Word : Terletak pada halaman Word (find)
•
Laman Internet : Terletak dalam laman web ataupun blog
Alamat Internet
Bagi
melayari internet, pengguna haruslah menaipkan alamat internet pada pembekal
maklumat yang digunakan. Selepas mengklik pada ikon internet, pengguna
seterusnya akan diberikan senarai laman yang berkaitan atau pengguna akan terus
dibawa ke halaman yang telah disetkan secara semula jadi. Antara contoh alamat
pembekal adalah seperti:
I.
www.google.com
II.
www.yahoo.com.my
Pemilihan kata kunci
Kata
kunci yang dipilih haruslah sesuai dan bertepatan dengan maklumat yang ingin
dicari. Pemilihan kata kunci yang terlalu panjang menjadikan skop pemilihan
bahan menjadi terlalu besar.
Sebagai
contoh, pemilihan kata kunci nota Bahasa Melayu. Perkataan ini terlalu panjang
; “nota” + “Bahasa” + “Melayu”. Pengurangan pilihan boleh dibuat dengan
menggunakan tanda “” sebagai contoh “nota Bahasa Melayu”. Penyenaraian akan
dikurangkan dengan cara begini.
Menyimpan bahan dalam bentuk
fail internet dan katalog internet
Fail
internet terletak dalam folder di dalam laptop. Fail ini akan wujud setelah
pengguna memuat turun bahan dari internet.
No comments:
Post a Comment